๐ŸŒฟ Selamat Datang ke Damiafrotec

Terima kasih kerana mengunjungi laman web Damiafrotec. Kami berkongsi artikel pendidikan kesihatan, Pelbagai Protokol Dr Mohd Rosni yang bersesuaian dengan masalah kesihatan anda, testimoni pengguna serta maklumat berkaitan Homeonaturopati Prof Madya (B) Dr Mohd Rosni.

Semoga setiap perkongsian di laman ini memberi manfaat dan ibrah kepada anda dan keluarga.

๐Ÿ’ฌ Perlukan Konsultasi? WhatsApp Kami

DAMIAFROTEC

Perubatan Homeonaturopati Prof Madya (B) Dr Mohd Rosni

Wednesday, August 19, 2026

Bukan Sekadar Beli Remedi: Kenapa Maklum Balas Anda Sangat Penting Sepanjang Proses Bimbingan?

Kami memang nak bantu anda. Tetapi untuk kami membantu dengan sebaiknya, kami perlukan anda untuk berkongsi keadaan anda dengan kami.

Apabila anda sudah tekan butang WhatsApp dan memilih untuk berhubung dengan kami, kami anggap anda memang serius untuk mendapatkan penerangan, bimbingan dan sokongan berkaitan keadaan kesihatan anda.

Sebab itu, kami bukan sekadar tanya:

«“Nak berapa set?”
“Harga berapa?”»

Kami mahu memahami keadaan anda terlebih dahulu.

๐Ÿฉบ KENAPA KAMI TANYA BANYAK SOALAN?

Kalau anda pergi ke hospital atau klinik, doktor biasanya akan mengambil sejarah pesakit terlebih dahulu.

Sakit apa?
Sudah berapa lama?
Apa gejala yang dirasai?
Ada sejarah penyakit atau pembedahan?
Ubat atau suplemen apa yang sedang digunakan?

Begitu juga dengan pendekatan kami.

Bukan kerana kami sengaja mahu menyusahkan anda.

Kami perlukan maklumat tersebut supaya kami dapat memahami keadaan anda dan memberikan cadangan protokol yang lebih sesuai berdasarkan maklumat yang anda kongsikan.


๐Ÿ“ SEBELUM MEMULAKAN DETOX

Bantu kami dengan menyenaraikan semua gejala dan ketidakselesaan yang sedang anda alami.

Jangan fikir perkara itu terlalu kecil untuk diberitahu.

Apa sahaja yang anda rasa tidak normal atau mengganggu kehidupan seharian, tuliskan.

Contoh:

1. ---
2. ---
3. ---
4. ---
5. ---
6. ---

๐Ÿ“‹ SEJARAH KESIHATAN / PERUBATAN

Sila nyatakan juga jika ada:

- Sejarah pembedahan
- Penyakit yang pernah atau sedang dialami
- Ubat yang sedang diambil
- Suplemen yang sedang digunakan
- Rawatan lain yang sedang dijalani

Contoh:

1. ---
2. ---
3. ---

Maklumat ini sangat membantu kami untuk memahami latar belakang keadaan anda sebelum membuat sebarang cadangan.


๐ŸŒฟ SEPANJANG MENGGUNAKAN DETOX, JANGAN DIAM

Ini bahagian yang paling penting.

Selepas anda mula menggunakan remedi, kami mahu anda terus berkomunikasi dengan kami.

Contohnya selepas selesai Botol No. 1, berikan maklum balas:

“Apa yang berubah pada diri saya?”

Anda boleh tandakan gejala yang berlaku atau tulis pengalaman anda sendiri.

Antara perubahan yang mungkin dilaporkan oleh sesetengah pengguna termasuk:

☐ Perubahan corak berpeluh atau bau badan
☐ Batuk atau perubahan kahak
☐ Bersin atau perubahan hingus
☐ Perubahan pergerakan usus / pembuangan air besar
☐ Perubahan kekerapan membuang air kecil
☐ Kentut atau perubahan penghadaman
☐ Perubahan pada kulit
☐ Perubahan pada mulut atau lidah
☐ Perubahan pada mata
☐ Perubahan pada telinga
☐ Perubahan pada kulit kepala
☐ Perubahan berkaitan kitaran haid

Penting: pengalaman setiap individu boleh berbeza. Tidak semua perubahan semestinya berlaku, dan sesuatu simptom yang baru, semakin teruk atau membimbangkan tidak sepatutnya terus dianggap sebagai “detox” atau healing crisis. Maklumkan kepada admin supaya keadaan anda boleh dinilai dengan sewajarnya.


๐Ÿ’ฌ TWO-WAY COMMUNICATION IS A MUST

Jangan tunggu sampai habis satu set baru hendak bercerita.

Selepas Botol No. 1 → update kami.
Selepas Botol No. 2 → update kami.
Selepas Botol No. 3 → update kami.

Tak pandai hendak susun ayat?

Tak mengapa. Storytelling sahaja.

Contohnya:

«“Hari ini badan saya rasa macam ni...”
“Sejak semalam saya perasan...”
“Sakit yang sebelum ini selalu datang, sekarang...”
“Saya rasa perubahan pada...”»

Tulis sahaja apa yang anda alami.

Kalau susah hendak menaip, lukis pun tidak mengapa. ๐Ÿ˜‚

Anggap kami sebagai tempat anda berkongsi perkembangan sepanjang proses bimbingan ini.


๐Ÿ“ข JANGAN PERAM KELUH-KESAH SENDIRIAN

Kalau ada sesuatu yang membuatkan anda risau, beritahu kami.

Jangan hanya diam kerana takut mengganggu admin.

Komunikasi dengan Allah tetap yang utama dalam kehidupan kita. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Dan dari sudut bimbingan, kami juga perlukan maklum balas anda supaya kami tahu apa yang sedang berlaku sepanjang penggunaan remedi.

Jika anda merasakan sesuatu itu berkaitan dengan healing crisis atau berlaku perubahan yang luar biasa, jangan terus membuat kesimpulan sendiri.

Maklumkan kepada admin.

Kami perlu tahu keadaan anda supaya kami boleh memberikan panduan yang bersesuaian dan, jika simptom itu serius atau membimbangkan, menyarankan anda mendapatkan penilaian profesional kesihatan.


๐ŸŽฏ KENAPA KAMI BAGI “HOMEWORK”?

Sebab kami bukan sekadar mahu menjual produk kepada anda.

Kami mahu mendapatkan:

SEJARAH → GEJALA → PERKEMBANGAN → MAKLUM BALAS

Semua maklumat ini membantu kami memahami keadaan anda dengan lebih baik.

Sebab itu kami tidak mahu kerja dibuat secara cincai.

Kami mahu ada kerjasama dua hala antara pelanggan dengan pihak yang membimbing.

Walaupun sesuatu kes mungkin memerlukan cadangan seperti 3 set Detox dan remedi khas mengikut keadaan tertentu, hala tuju seterusnya tetap perlu mengambil kira perkembangan dan maklum balas anda.


๐Ÿค ANDA BANTU KAMI, KAMI BANTU ANDA

Kami tidak boleh membaca apa yang berlaku dalam badan anda jika anda tidak berkongsi apa-apa dengan kami.

Kalau selepas membeli anda terus senyap, kami juga tidak mahu memaksa anda untuk memberikan respons.

Tetapi jika anda benar-benar mahu mendapatkan bimbingan sepanjang proses, maka perkara paling penting ialah:

KERJASAMA.

KOMUNIKASI.

MAKLUM BALAS.

Jangan tunggu kami bertanya setiap kali.

Anda yang melalui pengalaman tersebut.
Anda yang paling tahu apa yang anda rasa.
Jadi, kongsikan dengan kami.

Itulah sebabnya kami ada di sini — untuk membimbing, bukan sekadar menghantar produk. ๐ŸŒฟ

Jelas setakat ini? ๐Ÿค

Protokol GGA Dr Mohd Rosni (PGDR) : Memahami Remedi di sebalik Anxiety

Jika anda ada simptom atau gejala anxiety/ overthinking sampai susah nak tidur malam... selalu rasa sesak nafas sakit dada (tapi bukan sakit jantung)

Pertama sekali, tanam dalam minda sedar 'anxiety bukan penyakit'

Ia adalah respon otak kita bila pencernaan kita bermasalah...

Sebab tu anda kena mulakan dengan Detox Dr Rosni ini dulu selama sebulan. Kita nak tengok respon tubuh anda menyembuh...

Ada masa tontonlah ...



Kita nak bantu eliminate kesan residual ubat kimia sintetik dan bantu rejuvenate sel baru dalam organ dalaman sistem pencernaan anda di samping baiki hormon lapar dan hormon kenyang anda. 

Jika anda sudah di diagnosis ⤵️

✔️panic disorder

✔️social anxiety disorder..

✔️generalized anxiety disorder 

dan sudah menerima preskripsi untuk baiki kimia dalam otak anda,

baru dikira 'penyakit'

itupun kalau sudah disahkan pihak hospital.. + proses saringan ataupun pemeriksaan di hospital

kalau stakat rasa².. seakan²... panik yang tidak 'membahayakan' diri sendiri, 

hanya gejala saja... (Pesakit kami terlalu banyak aduan sakit~ head to toe)

Saya cadangkan mulakan dengan detox dr rosni. kita rawat punca, bukan simptom sakit

sebab kami ada 3/ 4 jenis remedi khas yang sesuai untuk masalah kimia dalam otak.. 

#kita ada NT INSOMNIA (kalau sudah mula makan xanax untuk dapat tidur waktu malam)

NT GIT (untuk gastritis tanpa kehadiran gerd)

NT GGA (gabungan gastritis, gerd & Anxiety)

NT anxiety (untuk yang mula ada panik attack yang teruk)

Apa pun penyakit dalam badan memang pihak HQ sarankan untuk ambil DETOX DR ROSNI dulu sebelum ambil remedi khas

Tuan/Puan, bahan yang saya kongsikan tu sebenarnya cukup berharga. Ambil masa sekejap saja untuk baca atau tonton dulu ya, insyaAllah tak rugi.

Saya faham… mungkin sebelum ni dah cuba macam-macam produk di luar sana, tapi hasilnya tak seperti yang diharapkan. Sebab itu saya tunjukkan testimoni sebenar—kisah orang yang dulu pun pernah rasa buntu, risau, malah putus asa nak sembuh.

Bezanya, mereka berani cuba langkah pertama… dan sekarang alhamdulillah hidup lebih sihat, lebih tenang. Saya tak mahu Tuan/Puan menunggu terlalu lama sampai peluang baik ini terlepas.

๐Ÿ’Œ Kalau rasa dah bersedia, kita boleh terus lock payment dan sama-sama mulakan perjalanan sembuh ini.

Dan istimewanya, bila dapatkan remedi terus dari HQ, Tuan/Puan juga akan dibimbing dengan ilmu serta panduan percuma daripada saya sendiri mahupun Prof Madya (B) Dr Mohd Rosni sepanjang penggunaan remedi. 

Jadi bukan sekadar produk, tapi juga ilmu yang memudahkan kita faham cara untuk kembali sihat.

Remedi ini memang khas, jadi setiap pembelian akan disertakan consultation secara virtual dulu—supaya sesuai dengan keadaan Tuan/Puan.

Tuesday, August 18, 2026

Fakta Menarik: Risiko Kesihatan Selepas Cucuk bahu -V4ksin C0.VID-19

๐Ÿ“Œ FAKTA MENARIK

⚠️ Data dari pelbagai sumber dan pendapat pakar menunjukkan sesiapa yang dah cucuk vaksin COVID-19, selagi racun vaksin itu tak didetox dan dibuang, semua kita akan ada risiko tinggi untuk:

1. Kena kanser turbo (kanser yang bila kena saja akan terus ke tahap 4, tahap akhir), susah dirawat dan menjadi punca kematian.

2. Kena miokarditis dan perikarditis (radang jantung) yang boleh menyebabkan serangan jantung dan mati mengejut.

3. Kena strok yang berpunca daripada keradangan salur darah (menyempit) dan darah beku (memekat, blood clot).

4. Boleh alami keradangan dan kerosakan buah pinggang (CKD), ke tahap 4 dan 5 yang boleh menyebabkan kena hemodialisis sepanjang hayat.
5. Kena serangan Gastritis, GERD dan Anxiety Disorder.
6. Kena pelbagai penyakit autoimun seperti SLE.
7. Alami alahan teruk satu badan.

Yang nak pulihkan kesihatan dan selamatkan nyawa daripada segala kesan buruk racun vaksin, silakan stay.

Asalkan dah dicucuk vaksin COVID tahun 2021 haritu, kita semua dalam BAHAYA.

๐Ÿšจ KAJIAN TERKINI: “Vaksin” COVID-19 Dikaitkan dengan 63 Kesan Advers Serius pada Sistem Saraf Pusat (Otak & Saraf Tunjang)


⚠️ Paras keselamatan CDC/FDA telah DILANGGARI apabila suntikan COVID-19 dikesan mengganggu penghalang darah–otak (blood–brain barrier), mencetuskan meningitis, ensefalitis, penyakit prion, abses otak, reaktivasi herpes, sindrom demielinasi & banyak lagi.

Menggunakan data VAERS dari Januari 1990 hingga November 2024, laporan kesan advers selepas vaksin COVID-19 dibandingkan dengan vaksin influenza menunjukkan:

Penyakit Neurodegeneratif & Demielinasi yang Jarang Berlaku

๐Ÿ“ˆ Penyakit Creutzfeldt–Jakob (CJD) — 847× lebih kerap dilaporkan berbanding vaksin flu
๐Ÿ“ˆ Mielitis (semua jenis) — 31× lebih kerap
๐Ÿ“ˆ Mielitis transvers — 21× lebih kerap
๐Ÿ“ˆ Mielitis virus — 115× lebih kerap
๐Ÿ“ˆ Mielitis tidak berjangkit — 132× lebih kerap
๐Ÿ“ˆ Penyakit prion (umum) — 62× lebih kerap

Jangkitan CNS (Otak & Saraf Tunjang)

๐Ÿ“ˆ Meningitis (semua jenis) — 34× lebih kerap
๐Ÿ“ˆ Meningitis aseptik — 53× lebih kerap
๐Ÿ“ˆ Meningitis bakteria — 36× lebih kerap
๐Ÿ“ˆ Ensefalitis autoimun — 79× lebih kerap
๐Ÿ“ˆ Ensefalitis limbik — 146× lebih kerap
๐Ÿ“ˆ Ensefalitis Bickerstaff — 68× lebih kerap
๐Ÿ“ˆ Neuroborreliosis (jangkitan Lyme pada CNS) — 321× lebih kerap
๐Ÿ“ˆ Ensefalopati toksik — 157× lebih kerap
๐Ÿ“ˆ Leukoensefalopati multifokal progresif (PML) — 45× lebih kerap

Reaktivasi Herpes pada CNS

๐Ÿ“ˆ Meningitis herpes zoster — lebih 1,200× lebih kerap
๐Ÿ“ˆ Meningoensefalitis herpes zoster — 339× lebih kerap
๐Ÿ“ˆ Penyakit neurologi herpes zoster — 680× lebih kerap
๐Ÿ“ˆ Meningitis herpes simplex — 132× lebih kerap
๐Ÿ“ˆ Meningoensefalitis herpetik — 136× lebih kerap
๐Ÿ“ˆ Meningitis varisela — 168× lebih kerap

Abses Otak & Saraf Tunjang

๐Ÿ“ˆ Abses otak — 120× lebih kerap
๐Ÿ“ˆ Abses ekstradural — 169× lebih kerap
๐Ÿ“ˆ Abses saraf tunjang — 89× lebih kerap
๐Ÿ“ˆ Abses subdural — 36× lebih kerap

Suntikan COVID-19 bukan sahaja mencetuskan keradangan & merosakkan BBB, malah menunjukkan ciri seakan-prion, yang mendorong salah lipatan protein seperti penyakit “lembu gila.”

Gangguan neurologi luar biasa ini juga menjelaskan mengapa kajian lain oleh Thorp et al mendapati suntikan mRNA dikaitkan dengan 86 gangguan neuropsikiatri serius termasuk demensia, skizofrenia, fikiran bunuh diri dan membunuh, strok, psikosis, kemurungan, gangguan kognitif, delusi, dan banyak lagi.

๐Ÿ”ด Semua isyarat keselamatan yang dilaporkan adalah amat membimbangkan dan menyokong gesaan untuk pengharaman global segera terhadap program vaksinasi COVID-19.

Kredit: FB Nicholas Hulscher

============

๐Ÿ“ŒBACA PENULISAN FOUNDER DETOX DR ROSNI
Bagi sesiapa dalam bidang biokimia, biologi molekul atau kajian k@nser, mereka akan terus faham bahawa penemuan-penemuan di bawah ini bukanlah perkara kecil… tetapi MALAPETAKA BESAR kepada kemanusiaan.

๐Ÿ”ฌ Multi-omics profiling telah mendedahkan:

1. Pengaktifan Onkogen (KRAS, NRAS, MAPK1, PIK3CA, CHD4, SF3B1)

→ Gene normal yang sepatutnya tenang dan terkawal, berubah (mutasi) lalu merangsang pertumbuhan sel luar kawalan. Inilah pencetus utama k@nser.

2. Kegagalan Mekanisme Pembaikan DNA (ATM, MSH2)

→ Bila sistem pembaikan DNA lumpuh, ketidakstabilan genomik berlaku. Mutasi akan terus berulang tanpa henti.

Dalam bahasa mudah: k@nser hampir pasti akan muncul – cepat atau lambat sahaja, masa yang tentukan.

3. Kekacauan Transkriptomik

→ Seluruh plasma, darah dan urin menunjukkan “chaos” dalam ekspresi gene. Variabiliti tinggi ini adalah tanda klasik sistem biologi yang rosak teruk, sama seperti apa yang dilihat pada penyakit-penyakit malignan.

APA MAKNANYA UNTUK YANG DAH TERIMA “EM_RNAa” VEXX?

Terutama yang dah cok Pfaizal atau Modernnas… memang KESIAN sungguh.

Anda sudah “dihadiahkan” em_RNAa secara percuma.

Berdasarkan penemuan ini → pasti ada gangguan DNA/Genetik dalam badan yang boleh mencetuskan k@nser di mana-mana bahagian tubuh.

❌ Tiada siapa boleh jamin selamat.

❌ Cepat atau lambat… hanya masa dan ketentuan Allah yang akan menentukan bila ia akan meletup.

Ya Allah, mohon dijauhkan…

ADAKAH MASIH ADA JALAN KELUAR?

Ramai menyangka NO WAY OUT. Tapi berdasarkan pengalaman lapangan, ada satu ikhtiar yang masih tinggal:

✅ Detox Dr. Rosni (DDR)

– Satu-satunya pendekatan yang setakat ini paling promising & berkesan.

– Telah diuji pada pesakit sebenar yang sakit teruk selepas cok em_RNAa sejak tahun 2021.

– Setelah detox, tiada laporan signifikan k@nser daripada mereka hingga kini.

– Keyakinan kami: DDR berjaya musnahkan keseluruhan em_RNAa yang masuk ke tubuh.

Selagi laporan k@nser tidak muncul dalam kalangan mereka yang telah berdetox, selagi itulah kami yakin DDR telah memutuskan rantaian k@nser.

AMARAN KERAS!

Kalau masih keras kepala, tak mahu berdetox, tak mahu ikhtiar – tunggu sajalah saat menyedihkan itu tiba.

Bayangkan satu hari doktor pakar beritahu:

«“Maaf, awak dah k@nser tahap 4…”»

Masa itu menangis air mata darah sekalipun, sudah terlambat.

Sekaranglah masa untuk ikhtiar, bukan bila segalanya sudah runtuh.

PENUTUP

Saya sudah sampaikan amaran ini.

Kalau masih percaya pada “Loktol JAHAT” yang tak faham apa itu detox, silakan. Ramai lagi doktor baik yang terbuka minda dan terima ilmu detox.

Yang degil… tanggunglah akibatnya.

✍️ Nukilan oleh
Prof Madya (B) Dr. Mohd Rosni Sulaiman
Mantan Saintis & Pensyarah Toksikologi & Biokimia Makanan & Pemakanan
Founder DDR

Bagaimana Nak Tahu Racun V4ks1n Sudah Keluar Dari Tubuh?

Ada dua cara untuk kita tahu dengan yakin bahawa detox ini telah menjalankan tugasnya menyahtoksin, menolak dan membuang keluar segala bahan bahaya dan tidak berguna untuk tubuh.

CARA PERTAMA

Cara terbaik atau paling tepat untuk mengetahui sama ada racun masih ada dalam badan atau tidak ialah melalui UJIAN DARAH.

Ujian darah ini sebaiknya dilakukan SEBELUM & SELEPAS menjalani detox.

Berikut adalah jenis-jenis ujian darah yang dicadangkan:

1. Ujian darah h-CRP untuk mengukur tahap keradangan (inflammation) dalam badan.

2. Ujian darah D-DIMER untuk mengukur tahap PEMBEKUAN / KEPEKATAN DARAH.

3. Ujian darah bagi mengukur parameter lain seperti fungsi HATI, BUAH PINGGANG DAN SEL-SEL DARAH.

4. Ujian Darah Keseluruhan atau Full Blood Screening. Ini cara yang paling efektif dan ia boleh dibuat di makmal swasta seperti Pathlab.

Hasil ujian darah ini boleh dibandingkan kesannya setelah menjalani detox.

Jika hasil ujian darah selepas menjalani detox menunjukkan bacaan yang lebih baik atau NORMAL berbanding dengan bacaan sebelum detox, ini adalah petunjuk segala racun daripada vaksin sama ada Pfizer, Astra, Sino atau Cansino telah berjaya ditolak dan disingkirkan keluar.

CARA KEDUA

Cara paling mudah pula ialah dengan meneliti simptom-simptom yang kita hadapi setiap hari, sama ada masih ada lagi ataupun tidak. Dan ianya perlu dicatat.

- Rekodkan semua gejala yang sedang dialami – contoh dada berdebar, kulit gatal-gatal, pening.

- Tahap sakit yang dialami – contoh kekerapan sakit kepala – setiap hari, makan ubat tahan sakit pun tiada kesan.

- Apa-apa sakit yang dialami selepas suntikan.

Rekod ini dibuat sebelum mula detox.

Setelah selesai 1 set detox, kita boleh nilaikan balik perubahan sama ada:

Masih sama – bermakna racun masih lagi ada, masih perlu menjalani detox.

Ada pengurangan – bermakna detox telah mengeluarkan sebahagian besar racun, namun masih ada lagi saki-baki yang memerlukan kepada detox.

Sembuh / pulih sepenuhnya – bermakna detox telah berjaya mengeluarkan segala racun.

Kenapa Detox Dr. Rosni Diperkenalkan? Sebuah Perkongsian Tentang Pencegahan dan Penjagaan Kesihatan

Kesihatan bukan hanya tentang merawat apabila kita sudah sakit. Ia juga tentang mengambil tahu, mengambil peduli dan melakukan pencegahan sedaya yang mampu.

Persoalannya, kenapa Detox Dr. Rosni diperkenalkan dan berada di pasaran?

Jawapannya bermula daripada satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan kita — kesedaran terhadap penjagaan kesihatan.

Pencegahan Sebagai Sebahagian Daripada Penjagaan Kesihatan

Perawatan merupakan salah satu cabang dalam penjagaan kesihatan. Namun, sebelum sampai ke tahap tersebut, kita juga perlu memberi perhatian kepada aspek pencegahan dan pemeliharaan kesihatan.

Kesihatan tidak bermula di hospital sahaja.

Ia bermula daripada rumah.

Ia bermula daripada apa yang kita makan dan minum, bagaimana kita menjalani kehidupan seharian, rutin yang kita amalkan serta sejauh mana kita mengambil berat terhadap perubahan yang berlaku pada tubuh sendiri.

Sebab itu, penjagaan kesihatan perlu menjadi satu amalan yang dilakukan secara berterusan dan bukan hanya apabila kita mula mengalami masalah.

Jangan Tunggu Sehingga Ketidakselesaan Menjadi Lebih Serius

Ada kalanya seseorang mula menyedari perubahan pada tubuh seperti ketidakselesaan perut, perubahan penghadaman, perubahan pola perkumuhan atau pelbagai aduan kesihatan yang mengganggu kehidupan seharian.

Perubahan seperti ini tidak sepatutnya terus diabaikan.

Ia boleh menjadi satu sebab untuk kita lebih peka terhadap keadaan kesihatan sendiri dan mendapatkan penilaian yang sewajarnya.

Jangan hanya menunggu sehingga keadaan menjadi semakin mengganggu sebelum mengambil tindakan.

Lebih awal kita mengambil tahu, lebih banyak ruang yang kita ada untuk membuat pilihan penjagaan kesihatan yang sesuai.

Pemeriksaan Kesihatan Juga Penting

Dalam usaha menjaga kesihatan, jangan takut untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Ujian darah dan pemeriksaan kesihatan boleh memberikan maklumat penting tentang keadaan tubuh dan membantu kita memahami perubahan yang berlaku.

Ia juga boleh menjadi penanda aras untuk melihat keadaan kesihatan dari semasa ke semasa.

Jangan hanya bergantung kepada apa yang kita rasa.

Ada keadaan kesihatan yang memerlukan penilaian profesional dan pemeriksaan yang sesuai untuk dikenal pasti.

Oleh itu, pemeriksaan berkala, gaya hidup yang baik serta mendapatkan nasihat daripada pengamal kesihatan yang berkelayakan merupakan antara langkah penting dalam penjagaan kesihatan.

Di Mana Kedudukan Detox Dr. Rosni?

Detox Dr. Rosni diperkenalkan sebagai salah satu pilihan dalam rutin penjagaan kesihatan yang menggunakan pendekatan homeopati dan naturopati seperti yang diterangkan oleh pengasasnya.

Fokus perkongsian ini adalah berkaitan penjagaan rutin tubuh, khususnya aspek yang berkait dengan penghadaman dan perkumuhan.

Namun begitu, penting untuk difahami bahawa produk kesihatan bukanlah pengganti kepada diagnosis, pemeriksaan atau rawatan perubatan yang diperlukan.

Sekiranya seseorang mempunyai penyakit atau sedang mengambil ubat-ubatan, keputusan untuk menggunakan sebarang produk tambahan hendaklah dibuat dengan pertimbangan yang sewajarnya dan, jika perlu, dibincangkan bersama profesional kesihatan.

Buat Pembacaan Sebelum Membuat Keputusan

Kami tidak mahu anda membuat keputusan hanya kerana membaca satu perkongsian.

Sebaliknya, buat pembacaan dengan teliti.

Fahami apa yang dikongsikan.

Ketahui tujuan penggunaan.

Fahami cara penggunaan dan panduan yang diberikan.

Pertimbangkan keadaan kesihatan diri sendiri.

Dan yang paling penting, buat timbang tara yang rasional sebelum membuat sebarang keputusan pembelian atau mengikuti sesuatu protokol.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan bimbingan berkaitan penggunaan Detox Dr. Rosni dan remedi khas yang berkaitan, terdapat pendekatan bimbingan yang disusun mengikut keperluan individu.

Namun, setiap individu mempunyai keadaan kesihatan, sejarah perubatan dan keperluan yang berbeza.

Sebab itu, pendekatan penjagaan kesihatan tidak seharusnya dianggap sama untuk semua orang.

Kesihatan Adalah Tanggungjawab Kita

Akhirnya, penjagaan kesihatan bukan hanya tanggungjawab doktor, pengamal kesihatan atau mana-mana pihak tertentu.

Ia bermula daripada kesedaran diri sendiri.

Apa yang kita makan.

Apa yang kita minum.

Apa yang kita amalkan setiap hari.

Sejauh mana kita mengambil berat tentang perubahan tubuh.

Dan sejauh mana kita sanggup mengambil langkah untuk mendapatkan maklumat serta pemeriksaan yang diperlukan.

Detox Dr. Rosni hanyalah salah satu pilihan yang boleh dipelajari dan dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kesihatan.

Jangan terburu-buru membuat keputusan. Baca, fahami, timbang tara dan buat pilihan yang bertanggungjawab.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Detox Dr. Rosni, kaedah penggunaan, panduan protokol dan pilihan bimbingan yang tersedia, teruskan membaca perkongsian-perkongsian lain di blog ini.

Baca sampai habis. Fahami dahulu. Kemudian buat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.

«Nota penting: Kandungan ini bertujuan memberikan maklumat umum berkaitan kesedaran dan penjagaan kesihatan. Ia tidak bertujuan menggantikan diagnosis, nasihat atau rawatan daripada doktor atau profesional kesihatan yang berkelayakan. Jika anda mempunyai masalah kesihatan atau sedang mengambil ubat, dapatkan nasihat profesional yang sesuai sebelum membuat perubahan terhadap rawatan atau rutin kesihatan anda.»

Detox Dr Rosni: Kenali Protokol Detoksifikasi Sebelum Anda Membelinya

Pernah rasa badan tidak seperti biasa walaupun sudah cuba menjaga pemakanan dan gaya hidup?

Ada orang mula mencari pelbagai cara apabila mereka merasakan tubuh memerlukan lebih perhatian. Ada yang mula mengubah pemakanan, meningkatkan pengambilan air, bersenam dan mencari produk tambahan yang sesuai dengan keperluan diri.

Dalam keadaan sebegini, ramai juga mula tertanya-tanya:

“Ada tak pendekatan yang boleh saya ikuti secara tersusun, bukan sekadar mengambil produk secara rawak?”

Di sinilah Detox Dr Rosni diperkenalkan sebagai satu pendekatan berasaskan konsep homeopati dan naturopati yang digunakan mengikut protokol tertentu.

Apa Itu Detox Dr Rosni?

Detox Dr Rosni merupakan produk yang digunakan mengikut satu protokol penggunaan yang tersusun.


Satu set mengandungi 3 botol dan direka untuk penggunaan selama kira-kira 1 bulan, dengan setiap botol digunakan mengikut turutan.

Penggunaannya bukan sekadar mengambil ketiga-tiga botol secara serentak.

Sebaliknya, protokol menekankan penggunaan botol pertama terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada botol seterusnya.

Pendekatan sebegini membantu anda memahami bahawa penggunaan produk perlu dilakukan mengikut panduan yang telah ditetapkan.

Bagaimana Cara Penggunaannya?

Detox Dr Rosni digunakan melalui kaedah semburan di bawah lidah (sublingual).

Berdasarkan protokol penggunaan:

1 botol → 10 hari

1 hari → 10 sesi

1 sesi → 5 semburan di bawah lidah


Selepas botol pertama selesai digunakan, pengguna meneruskan kepada botol kedua dan seterusnya mengikut protokol.

Sebab itu, sebelum memulakan penggunaan, penting untuk memahami cara penggunaan dengan betul dan mendapatkan panduan daripada pihak yang mengendalikan protokol.

Kenapa Ada Orang Memilih Mengikuti Program yang merangkumi Protokol 3 Bulan?

Bagi mereka yang ingin mengikuti protokol yang lebih tersusun, pendekatan yang biasa diterangkan ialah penggunaan selama 3 bulan, iaitu 3 set.

Namun, keperluan setiap individu boleh berbeza.

Jangan membuat keputusan hanya berdasarkan pengalaman orang lain. Fahami dahulu keadaan diri, tujuan penggunaan dan panduan protokol yang sesuai.

Bukan Sekadar “Ambil Produk”

Salah satu perkara yang penting untuk difahami ialah penggunaan Detox Dr Rosni bukan sekadar membeli produk dan mengambilnya sesuka hati.

Pendekatan protokol mengambil kira:

- Cara penggunaan
- Turutan botol
- Tempoh penggunaan
- Perkara yang perlu dielakkan sepanjang protokol
- Pemantauan keadaan individu
- Keperluan mendapatkan panduan apabila terdapat persoalan

Dengan memahami perkara ini, anda dapat membuat keputusan dengan lebih jelas dan tidak sekadar membeli kerana melihat iklan atau testimoni orang lain.

Apa Yang Perlu Dielakkan?

Dalam panduan protokol Detox Dr Rosni, terdapat beberapa perkara yang disarankan untuk dielakkan sepanjang penggunaan, termasuk minuman berkafein, air kelapa, minuman berkarbonat dan bahan lain yang mempunyai kesan diuretik.


Tujuannya adalah supaya pengguna mengikuti protokol dengan lebih konsisten.

Jika anda mengambil ubat atau mempunyai keadaan kesihatan tertentu, jangan hentikan atau ubah rawatan yang diberikan oleh doktor hanya kerana ingin mencuba produk ini. Dapatkan nasihat profesional daripada konsultan kesihatan kami terlebih dahulu.

Siapa Yang Sesuai Mengambilnya?

Soalan ini sebenarnya lebih penting daripada:

“Berapa harga Detox Dr Rosni?”

Kerana sebelum membeli, anda perlu tahu sama ada produk dan protokol ini sesuai dengan tujuan anda.

Jika anda baru pertama kali mendengar tentang Detox Dr Rosni, anda boleh mendapatkan penerangan terlebih dahulu mengenai:

✓ Apa itu Detox Dr Rosni
✓ Cara penggunaan
✓ Tempoh protokol
✓ Kandungan satu set
✓ Panduan sepanjang protokol
✓ Cara mendapatkan produk 

Jangan terburu-buru membeli hanya kerana melihat promosi.

Faham dahulu. Kemudian buat keputusan.

Kenapa Ramai Pelanggan Terdahulu Kami Lebih Selesa Mendapatkan Penerangan Dahulu?

Setiap orang mempunyai keadaan, pengalaman dan matlamat yang berbeza.

Sebab itu, kami menggalakkan bakal pengguna bertanya terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.

Anda boleh mendapatkan penerangan berkaitan protokol, cara penggunaan dan pilihan produk yang tersedia.

Dengan cara ini, anda tidak hanya membeli produk — tetapi memahami apa yang anda beli dan bagaimana ia digunakan.

Harga Detox Dr Rosni

Harga yang ditetapkan untuk 1 set Detox Dr Rosni ialah RM200.

Satu set mengandungi 3 botol untuk penggunaan mengikut protokol.


Jika anda ingin mengikuti protokol selama 3 bulan, jumlah set yang diperlukan bergantung pada panduan penggunaan yang diberikan.

Nak Tahu Sama Ada Detox Dr Rosni Sesuai Untuk Anda?

Jangan buat keputusan hanya berdasarkan satu video, satu poster atau satu testimoni.

Baca penerangan lengkap terlebih dahulu.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Detox Dr Rosni, cara penggunaan, protokol dan cara mendapatkan produk, anda boleh klik pautan whatapp yang disediakan untuk info lanjut

Dapatkan penerangan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan pembelian.

Kenal pasti protokol yang sesuai untuk masalah kesihatan anda kerana kami mempunyai cadangan protokol yang pelbagai. 

3 set detox selama 3 bulan fasa bimbingan pertama.. program bimbingan lanjutan juga disediakan sehingga 6 bulan bergantung kepada prestasi anda sepanjang menggunakan remedi ini.


 Faham cara penggunaan. Kemudian buat pilihan yang sesuai untuk diri anda.


Penafian

Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan penerangan umum mengenai produk dan protokol penggunaan. Ia bukan bertujuan untuk menggantikan diagnosis, nasihat atau rawatan daripada profesional kesihatan. Jika anda mempunyai masalah kesihatan, sedang mengambil ubat atau menjalani rawatan, dapatkan nasihat profesional kesihatan daripada pihak kami dan daripada yang berkelayakan sebelum membuat sebarang perubahan terhadap rawatan anda.

Saturday, August 15, 2026

DIARI KESIHATAN: JANGAN AGAK-AGAK DENGAN KESIHATAN — UKUR DAN REKOD

Bila kita dah meningkat usia, ataupun umur semakin bertambah, ada beberapa perkara yang kita memang kena sediakan di rumah sebagai satu bentuk persediaan kecemasan.

Bukan sekadar simpan suplemen ataupun ubat-ubatan asas seperti Panadol, ubat demam, batuk dan selesema. Tetapi kita juga perlu ada beberapa alat pemeriksaan kesihatan yang mudah dikendalikan di rumah.

Antaranya ialah pulse oximeter, mesin tekanan darah, glukometer, termometer dan bagi individu yang mempunyai asma, peak flow meter juga boleh menjadi salah satu alat pemantauan yang berguna.

Kenapa saya kata benda-benda macam ni penting?

Sebab kita tak tahu bila keadaan kecemasan boleh berlaku.

Contohnya, tengah malam anak tiba-tiba demam panas. Kita boleh terus periksa suhu badan.

Tiba-tiba kita sendiri rasa pening, loya atau tak sedap badan. Kita boleh periksa tekanan darah dan, jika sesuai, bacaan gula.

Atau tiba-tiba kita dapat berita anak kita bertumbuk di sekolah. Tekanan darah kita pun boleh naik sebab terkejut dan panik.

Benda-benda macam inilah yang membuatkan kita perlu ada persediaan di rumah.

Untuk orang yang mempunyai masalah asma pula, selain memerhatikan simptom seperti sesak nafas atau mengah, pulse oximeter boleh digunakan untuk melihat bacaan SpO₂ dan peak flow meter boleh membantu memantau aliran udara keluar dari paru-paru, terutamanya bagi mereka yang memang telah diajar cara menggunakannya oleh petugas kesihatan.

Jangan tunggu sampai sesak nafas teruk baru nak tahu keadaan kita.

Kalau kita memang ada penyakit tertentu, kita sepatutnya tahu bacaan biasa kita sendiri.

Contohnya, berapa tekanan darah kita ketika keadaan stabil? Berapa bacaan gula kita? Berapa kadar nadi kita? Bagaimana pula bacaan SpO₂ kita? Dan bagi sesetengah pesakit asma, berapa bacaan peak flow yang biasa bagi diri sendiri?

Sebab setiap kali kita mengukur, jangan ukur saja-saja.

Rekodkan.

Buat satu buku ataupun diari kesihatan keluarga.

Catat tarikh, masa dan bacaan.

Contohnya:

Tekanan darah berapa.

Bacaan gula berapa.

Kadar nadi berapa.

SpO₂ berapa.

Kalau menggunakan peak flow meter, catat juga bacaan peak flow.

Kalau ada demam, catat suhu badan.

Kenapa kita kena buat semua ini?

Sebab apabila berlaku sesuatu yang luar biasa, kita mempunyai rekod untuk dibandingkan dengan bacaan biasa kita. Rekod itu juga boleh membantu kita memberikan maklumat yang lebih jelas kepada doktor atau petugas kesihatan.

Tapi satu perkara saya nak pesan.

Kalau nak beli alat-alat pemeriksaan kesihatan, jangan terlalu berkira untuk membeli alat yang murah tetapi kualitinya tidak diyakini.

Kalau mampu, pilih alat yang berkualiti, daripada pengeluar yang dipercayai dan mempunyai pengesahan atau pendaftaran yang sesuai.

Jangan asal nampak murah, terus beli.

Saya sendiri pun kadang-kadang pernah beli barang murah. Kita fikir, “Tak apa, nanti boleh beli yang lebih baik.”

Tetapi sebenarnya, apabila berkaitan dengan kesihatan, itu boleh menjadi satu kesilapan dari sudut pengurusan kewangan dan pengurusan kesihatan kita.

Sebab alat ini bukan untuk kita seorang saja.

Ia boleh digunakan oleh suami, isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang lain apabila diperlukan.

Terutamanya kalau kita ada anak yang mudah demam, ahli keluarga yang mempunyai tekanan darah tinggi, diabetes, masalah pernafasan atau asma.

Jadi, kalau ada kemampuan, sediakanlah beberapa alat asas pemeriksaan kesihatan di rumah.

Termometer.
Mesin tekanan darah.
Glukometer.
Pulse oximeter.
Peak flow meter bagi yang memerlukannya.

Dan paling penting, belajar cara menggunakan alat tersebut dengan betul serta tahu bila sesuatu bacaan memerlukan perhatian perubatan.

Ingat.

Persediaan bukan bermaksud kita takut akan kecemasan.

Persediaan bermaksud kita tidak mahu panik apabila kecemasan berlaku.

Kita ada alat.

Kita tahu cara menggunakannya.

Kita ada rekod.

Dan kita tahu bila masanya untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Jadi, kalau anda ada kemampuan, lengkapkan sedikit demi sedikit peralatan kesihatan asas di rumah.

Jangan tunggu kecemasan berlaku baru kita nak mencari alat. Sediakan sebelum diperlukan.

Thursday, August 13, 2026

Protokol CKD Dr Mohd Rosni: Creatinine, eGFR & Urea: Apa Maksud Bacaan Dalam Kidney Function Test?

๐Ÿฉธ “SAYA RASA SIHAT… TAPI KENAPA BACaan BUAH PINGGANG SAYA TAK NORMAL?”


Ramai orang hanya mula mengambil serius tentang kesihatan buah pinggang selepas melihat keputusan ujian darah.

Sebelum itu?

Tak rasa sakit.
Tak rasa apa-apa yang pelik.
Masih boleh bekerja.
Masih boleh makan seperti biasa.

Sebab itu ada satu perkara yang sangat penting untuk kita faham:

BUAH PINGGANG PERLU DIPANTAU, BUKAN HANYA DITUNGGU SEHINGGA ADA GEJALA.

Salah satu cara doktor menilai fungsi buah pinggang ialah melalui Kidney Function Test (KFT) atau ujian fungsi buah pinggang.

Antara bacaan yang sering diberi perhatian ialah:

๐Ÿงช Kreatinin – bahan buangan yang dihasilkan oleh aktiviti otot dan biasanya disingkirkan melalui buah pinggang.

๐Ÿงช eGFR – anggaran kadar penapisan buah pinggang yang dikira berdasarkan beberapa faktor, termasuk bacaan kreatinin.

๐Ÿงช Urea – satu lagi bahan buangan dalam darah yang boleh dinilai bersama parameter lain.

Tetapi jangan buat kesimpulan hanya berdasarkan satu angka.

Contohnya, apabila seseorang melihat:

“Kreatinin saya tinggi…”

atau

“eGFR saya turun…”

jangan terus panik.

Keputusan ujian perlu dilihat dalam konteks keseluruhan keadaan kesihatan dan, jika perlu, dibandingkan dengan keputusan terdahulu.

Sebab itulah ujian darah berkala sangat penting.

Bukan semata-mata untuk mencari penyakit.

Tetapi untuk:

✅ Mengetahui keadaan semasa
✅ Membandingkan perubahan dari masa ke masa
✅ Membincangkan keputusan bersama doktor
✅ Membantu membuat keputusan penjagaan kesihatan yang lebih tepat

❤️ JANGAN TUNGGU SAMPAI ADA MASALAH BARU NAK PERIKSA.

Kalau anda sudah lama tidak melakukan pemeriksaan kesihatan, mungkin sudah tiba masanya untuk mengetahui keadaan sebenar melalui ujian yang bersesuaian.

Dan sekiranya anda sedang mengamalkan sesuatu ikhtiar berkaitan penjagaan kesihatan, pemantauan melalui ujian darah tetap penting.

Jangan hanya bergantung kepada rasa badan.

RASA SIHAT tidak semestinya bermaksud semua bacaan darah berada dalam keadaan yang optimum.

๐Ÿ“Œ Simpan keputusan ujian darah anda.
๐Ÿ“Œ Bandingkan keputusan lama dan baharu.
๐Ÿ“Œ Fahami apa maksud setiap bacaan.
๐Ÿ“Œ Dapatkan nasihat profesional kesihatan apabila terdapat keputusan yang tidak normal.

Kenali bacaan anda. Fahami keadaan anda. Pantau kesihatan anda.

Kerana kadang-kadang, sehelai kertas keputusan darah boleh memberikan kita maklumat yang tidak dapat kita ketahui hanya dengan “rasa badan”.

Jom kita bedah satu persatu apa itu kreatinin, urea, egfr dan lain lain elemen dalam KIDNEY FUNCTION TEST

Kreatinin ialah bahan buangan daripada metabolisme otot yang sentiasa dihasilkan oleh tubuh. Buah pinggang yang berfungsi dengan baik akan menapis kreatinin daripada darah dan menyingkirkannya melalui air kencing. Oleh sebab itu, apabila fungsi penapisan buah pinggang menurun, paras kreatinin dalam darah boleh meningkat. 


eGFR ialah singkatan kepada estimated Glomerular Filtration Rate, dalam Bahasa Melayu boleh difahami sebagai anggaran kadar penapisan glomerulus.

Mudah cerita, eGFR ialah anggaran sejauh mana buah pinggang menapis darah dan membuang bahan buangan daripada badan.

๐Ÿฉธ Bagaimana eGFR berkait dengan kreatinin?
Dalam ujian darah, kreatinin sering digunakan bersama maklumat lain untuk mengira eGFR.

Secara umum:
Kreatinin meningkat → eGFR boleh menjadi lebih rendah

Tetapi bacaan kreatinin dan eGFR tidak boleh ditafsir secara berasingan kerana keputusan boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti umur, jantina, saiz badan dan keadaan kesihatan.

๐Ÿ“Š Apa maksud nombor eGFR?

Secara umum, eGFR yang lebih tinggi menunjukkan fungsi penapisan buah pinggang yang lebih baik. Nilai yang semakin rendah boleh menunjukkan fungsi buah pinggang yang berkurangan.

Untuk CKD, doktor biasanya melihat trend bacaan dari masa ke masa, bukan hanya satu keputusan.
Contohnya:

eGFR 90 → 70 → 50 → 30

Perubahan sebegini perlu dinilai bersama sejarah kesihatan dan keputusan ujian lain.

Urea dalam Kidney Function Test ialah salah satu bahan yang diukur dalam darah untuk membantu menilai keadaan fungsi buah pinggang.

Mudah faham:
Protein daripada makanan → dipecahkan dalam badan → menghasilkan ammonia → ditukar kepada urea di hati → urea masuk ke dalam darah → buah pinggang menapis dan membuangnya melalui air kencing.

Jadi, apabila fungsi buah pinggang berkurangan, urea dalam darah boleh meningkat kerana badan kurang berkesan menyingkirkannya.

Tetapi urea tinggi tidak semestinya bermaksud buah pinggang rosak

Ini sangat penting. Bacaan urea boleh dipengaruhi oleh beberapa keadaan lain, antaranya:

๐Ÿ’ง Kurang air dalam badan (dehidrasi)
๐Ÿ– Pengambilan protein yang tinggi
๐Ÿ’Š Sesetengah ubat
๐Ÿฉธ Pendarahan dalam saluran penghadaman
Keadaan tertentu yang menyebabkan peningkatan pemecahan protein

Sebab itu doktor biasanya tidak menilai urea secara bersendirian.

Urea biasanya dilihat bersama kreatinin, eGFR, elektrolit dan keputusan klinikal lain untuk mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh tentang keadaan pesakit.

Ringkasnya

Urea = salah satu bahan buangan dalam darah yang membantu doktor menilai keadaan badan dan fungsi buah pinggang.

⚠️ Penting: Satu bacaan eGFR yang rendah tidak semestinya bermaksud seseorang terus mengalami CKD. CKD biasanya memerlukan bukti kelainan fungsi atau struktur buah pinggang yang berterusan, lazimnya sekurang-kurangnya 3 bulan.

Namun, bacaan kreatinin perlu ditafsir bersama umur, jantina, jisim otot, keadaan kesihatan, ubat-ubatan dan faktor lain. Sebab itu doktor tidak melihat kreatinin semata-mata, tetapi turut melihat eGFR dan ujian air kencing seperti nisbah albumin-kreatinin untuk menilai kesihatan buah pinggang.

Fahamnya di sini apa? :

1. Kreatinin adalah sejenis bahan buangan terhasil daripada pemecahan fosfokreatin untuk hasilkan tenaga dalam otot otot badan kita

2. Semakin BANYAK PERGERAKAN ATAU AKTIVITI OTOT BADAN KITA, semakin TINGGI KREATININ akan dihasilkan dalam tubuh badan yang akhirnya berada dalam darah kita (bacaan kreatinin tinggi dalam darah)

3. SELAGI MANA BUAH PINGGANG BERFUNGSI DENGAN BAIK, SELAGI ITULAH KREATININ YANG TINGGI DALAM BADAN KITA BOLEH DIBUANG KELUAR

4. Bila berlaku KEGAGALAN BUAH PINGGANG MISALNYA DALAM PESAKIT CKD, kreatinin yang TINGGI telah GAGAL DITAPIS BUANG KE DALAM AIR KENCING /URIN

5. Dari sinilah bacaan KREATININ telah digunakan dalam pengiraan eGFR sebagai salah satu indikator utama kerosakan buah pinggang

6. Buah pinggang yang SIHAT atau semakin SIHAT (pesakit CKD), akan menunjukkan bacaan eGFR yang tinggi melebihi 90 atau bacaan yang semakin meningkat ke arah 90

7. Pesakit CKD yang ingin cepat pulih atau reverse MESTILAH mengurangkan seberapa banyak aktiviti pergerakan badan yang akan DAPAT MEMBANTU memperlahankan penghasilan KREATININ di dalam otot otot badan yang seterusnya merendahkan bacaan kreatinin darah dan dalam masa sama memberikan kurang bebanan kepada buah pinggang utk memproses dan menapis buang kreatinin yang sedia ada (tinggi) di dalam darah

Bukan Sekadar Beli Remedi: Kenapa Maklum Balas Anda Sangat Penting Sepanjang Proses Bimbingan?

Kami memang nak bantu anda. Tetapi untuk kami membantu dengan sebaiknya, kami perlukan anda untuk berkongsi keadaan anda dengan kami. Apabil...

 
Damiafrotec HQ
Assalamualaikum ๐Ÿ‘‹

Selamat datang ke laman web rasmi Damiafrotec.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk, protokol atau ingin mendapatkan konsultasi, sila klik butang di bawah.